TPM: Lestarikan budaya Mandailing Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA [email protected]
Muhyiddin Yassin bertemu dengan Boediono di Jakarta, semalam, sempena lawatan enam hari beliau ke negara itu. - BERNAMA
JAKARTA 3 Julai - Untuk ke sekian kalinya, kerajaan mengambil inisiatif menjelaskan kepada pemerintah Indonesia bahawa Malaysia tidak pernah berniat menuntut budaya masyarakat Mandailing.
Pada masa sama, Malaysia menegaskan kepada Indonesia bahawa pendaftaran budaya masyarakat Mandailing di Malaysia di bawah Akta Warisan Kebangsaan bertujuan melestarikan budaya itu.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, penjelasan itu dibuat beliau kepada Naib Presiden Indonesia, Boediono pada pertemuan kedua-dua pemimpin itu di sini hari ini.
Muhyiddin dan Boediono yang turut berbincang mengenai hubungan kerjasama dan isu-isu dua hala turut memberitahu pemimpin nombor dua Indonesia itu bahawa proses pendaftaran itu masih belum selesai.
Sehubungan itu, Muhyiddin memberi jaminan bahawa Malaysia akan mengambil kira segala pandangan Indonesia termasuk menyebut asal-usul budaya itu dalam pendaftaran itu.
"Dengan mendaftarkan budaya itu di bawah akta warisan, dalam jangka panjang ia akan memberi faedah kepada Indonesia kerana jika tidak dipelihara dan dipulihara, ia akan hilang ditelan zaman. Malaysia juga tidak berhasrat untuk membawa isu ini ke UNESCO," kata Muhyiddin pada sidang akhbar di sini hari ini.
Penjelasan itu dibuat Muhyiddin sebagai reaksi kepada kontroversi berikutan cadangan Malaysia untuk mendaftar dua budaya masyarakat Mandailing, tarian Tor Tor dan paluan Gordang Sambilan.
Ekoran cadangan yang dibuat oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim itu, pelbagai pihak di Indonesia mengemukakan bantahan.
Bantahan-bantahan itu dibuat akibat salah faham dengan mendakwa Malaysia mahu menuntut Tor Tor dan Gordang Sambilan sebagai hak milik negara.
Lebih malang lagi, media-media tempatan mensensasikan kontroversi itu sehingga menyebabkan berlaku beberapa siri demonstrasi di hadapan bangunan Kedutaan Besar Malaysia di sini.
Muhyiddin tiba di Jakarta untuk lawatan enam hari
JAKARTA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk lawatan enam hari ke Indonesia dalam usaha meningkatkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Di ibu negara Indonesia hari ini, jadual lawatan beliau padat dengan pertemuan dan perbincangan dengan pemimpin kerajaan dan pemimpin tiga buah parti politik terbesar di republik itu. Pagi ini, beliau dijadual mengunjungi dan berbincang dengan Naib Presiden Indonesia Boediono mengenai pelbagai bidang kerjasama dan isu-isu dua hala yang sering mengganggu hubungan di peringkat rakyat kedua-dua negara. Terbaru ialah kontroversi yang tercetus berikutan cadangan Malaysia untuk mengiktiraf tarian Tor-tor dan paluan Gordang Sambilan masyarakat Mandailing di Malaysia, sebagai salah satu cabang warisan negara.
Pengiktirafan itu, yang diperjuangkan oleh masyarakat Mandailing di Malaysia, mendapat bantahan daripada beberapa kumpulan masyarakat di Indonesia yang menafsirkannya sebagai usaha Malaysia untuk mengaku sebagai pemilik budaya masyarakat Mandailing yang berasal dari Sumatera Utara itu.
Kontroversi itu, yang dihangatkan oleh media tempatan, menyebabkan beberapa kumpulan masyarakat Indonesia berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, sehingga sekumpulan 50 anggota Pemuda Pancasila bertindak ganas dengan melempar batu dan merosakkan pintu pagar serta sebahagian bangunan Malaysia Hall di Menteng, Jakarta baru-baru ini.
Muhyiddin dan rombongan pemimpin UMNO kemudian akan bertemu dan berbincang dengan Ketua Umum Parti Golkar Aburizal Bakrie, yang pada Ahad dengan rasmi dinamakan sebagai calon presiden Indonesia dari parti Golkar dalam pilihan raya Presiden pada 2014. Beliau dan delegasi UMNO juga akan bertemu dan berbincang secara berasingan dengan Ketua Umum Parti Demokrat Anas Urbaningrum dan Setiausaha Agung parti itu Edhie Baskoro Yudhoyono serta Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) Megawati Soekarnoputeri dan suaminya yang juga Ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Taufik Kiemas.
Turut serta dalam rombongan UMNO ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Pelajaran, kemudian akan menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran Asean serta mesyuarat lain yang berkaitan dengannya di Yogyakarta pada Rabu dan Khamis.
Beliau akan meneruskan lawatan ke Bali dan dijadual antara lainnya mengadakan pertemuan dengan Gabenor Bali I Made Mangku Pastika dan para pelajar Malaysia yang sedang menuntut di pulau dewata itu. - BERNAMA
ARKIB : 01/07/2012 Tor-tor: Bertindaklah sebagai negara sahabat Ramli Abdul Karim
RAMAI yang bertanya kepada penulis mengenai kesudahan kontroversi budaya Mandailing, Tor-tor dan Gordang Sambilan yang menyebabkan hubungan Indonesia-Malaysia sedikit goyah bermula 18 Jun lalu.
Sebelum memperhalusi isu ini, wajar dijelaskan terlebih dahulu latar belakang kontroversi itu. Tor-tor dalam bahasa Mandailing bermaksud tarian, manakala Gordang Sambilan bermaksud gendang sembilan.
Di pihak Malaysia tiada yang tersembunyi atau pelik apabila Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pada 14 Jun lalu menyatakan, kerajaan akan mengiktiraf kebudayaan Mandailing di Malaysia terutama tarian dan gendangnya.
Dalam ucapan selepas merasmikan Perhimpunan Anak-Anak Mandailing Malaysia dan pelancaran Persatuan Halak Mandailing Malaysia (Mandailing Malaysia) Daerah Gombak di Dewan Sri Siantan, Jalan Sungai Tua, Batu Caves pada petang hari berkenaan, Rais berkata:
"Buat permulaan kita akan daftar Tor-tor Mandailing dan Gordang Sambilan ini sebagai budaya suku kaum Mandailing di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005."
Rentetan kontroversi bermula dua hari kemudian. Dengan tajuk 'Malaysia Klaim Tari Tor-Tor?' menerusi akhbar online Kompas pada 5.15 petang (6.15 petang Malaysia) 16 Jun lalu misalnya, menjadi antara peniup api kemarahan tidak rasional rakyat Indonesia.
Artikel itu memetik laporan agensi berita Bernama mengenai kenyataan Rais tetapi mengubah suai tajuk asalnya. Ia dibaca 51,552 orang pelawat KOMPAS.com sehingga 3 petang, Jumaat lalu.
Ia dikongsi (share) 3,764 orang ke akaun laman sosial peribadi atau kumpulan masing-masing di Facebook atau Twitter dan 3,764 orang yang menekan butang 'Suka' atau'Like'.
Selain tajuk provokatif, KOMPAS.com menyelitkan foto tidak relevan sekumpulan penari Batak Karo dalam berita itu walaupun tarian yang dimaksudkan Rais adalah tarian Mandailing.
Sepantas kilat, ia diulang kongsi dan diulang salin, sehinggalah menjelang petang esok (Ahad) dan malamnya, ia merebak ke jutaan akaun Facebook dan Twitter milik rakyat Indonesia.
Keributan rakyat Indonesia lebih pantas memuncak apabila kebanyakan portal berita Indonesia turut memetik laporan Bernama itu. Mereka mengubah suai atau menulisnya ke bahasa Indonesia mengikut fahaman dan gaya tersendiri.
Di Indonesia, perkataan "klaim" (dakwaan pemilikan) sangat sensitif. Sentimen dan api kemarahan rakyat Indonesia meledak sepenuhnya pada Isnin, 18 Jun. Televisyen, radio, akhbar dan portal serta edisi online akhbar di Indonesia mula memperbesar-besarkan isu ini.
Tanpa segan silu dan rasa bersalah rakyat Indonesia mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat, cacian, penghinaan dan ugutan kepada Malaysia. Daripada orang biasa sehinggalah kepada tokoh masyarakat serta para pemimpin termasuk menteri dan anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) di Indonesia melakukan penghinaan tahap paling rendah kepada Malaysia.
Ini termasuk kenyataan memperlekeh Raja-Raja Melayu, melabel Malaysia sebagai negara miskin budaya dan mengesyorkan negara ini dibom.
Api kemarahan rakyat yang terus-terusan ditiup, mencapai tahap kemuncak ketidakwarasan apabila sekumpulan Pemuda Pancasila menyerang dan merosakkan bangunan Kedutaan Malaysia dan Malaysia Hall di Jakarta pada 22 Jun lalu.
Dalam tempoh 18 Jun sehingga semalam, pelbagai andaian salah dibuat di Indonesia, antaranya:
n KLAIM: Menuduh Malaysia mencuri Tor-tor Mandailing dan Gordang Sambilan.
n UNESCO: Andaian bahawa Malaysia telah ke Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk mendaftarkan kedua-duanya.
n PATEN: Mentafsir secara salah bahawa mendaftarkannya di bawah Akta Warisan Kebangsaan bermaksud mahu mempatenkannya.
n ASET NASIONAL: Mendakwa pendaftaran oleh Malaysia itu kerana mahu mengaut untung dengan mengkomersialkan kedua-duanya.
n WARISAN: Mentafsir perkataan 'warisan' sebagai turut bererti pemilikan.
n MANIPULASI UNDANG-UNDANG: Maksud klausa dalam akta itu termasuk pemilikan budaya berpindah kepada kerajaan jika warisan dijual, dimanipulasi. Ia sebenarnya khusus buat warisan ketara seperti bangunan dan istana. Kebudayaan adalah warisan tidak ketara yang mustahil dijual.
n SENTIMEN RASIS TIDAK RELEVAN: Memfokus kontroversi kepada Tor-tor Batak Toba/Karo sedangkan yang berbangkit adalah tarian Mandailing yang dipersembahkan dengan iringan Gordang Sambilan termasuk Tor-tor Na Uli Bulung (ditarikan anak-anak gadis) dan dan Tor-tor Na Poso Bulung (tarian pemuda). Ia jauh berbeza dengan Tor-tor Toba dan Karo, kecuali berkongsi maksud perkataan tor-tor iaitu tarian.
Semua andaian salah itu dikutip daripada reaksi tidak rasional di Internet dan ketika diwawancara televisyen Indonesia atau ditemu bual wartawan akhbar mereka. Malangnya, daripada puluhan akhbar yang meminta penjelasan penulis, tiada seorang pun wartawan Kompas.
Berbalik kepada persoalan mengenai penyelesaian isu ini dan apa yang dipelajari jika salah faham seumpamanya berulang, penulis berpendapat ia banyak bergantung kepada pihak Indonesia.
Selagi perkara pokok, iaitu andaian-andaian mengenai "klaim", mencuri budaya, paten, aset nasional dan lain-lain menjadi asas pertimbangan Indonesia, ia tidak akan menemui titik pertemuan.
Pemimpin dan rakyatnya perlu sedia mendengar penjelasan, berlapang dada, mengikhlaskan hati dan jangan secara tidak semena-mena mencurigai serta membuat penghakiman mendahului penjelasan.
Mempertahan
Penulis yakin, pemerintah Indonesia sejak dari dulu sentiasa meletak harapan tinggi untuk mempertahan dan mengekalkan hubungan sebagai negara berjiran dan negara bersahabat dengan Malaysia.
Tetapi, mengimbas pendekatan Indonesia menangani kontroversi terdahulu seperti tarian Pendet dan Barongan (Reog Ponorogo) selain 'lagu Rasa Sayang', batik dan lain-lain, komitmen mengekang kontroversi daripada merebak masih boleh diperbaiki.
Pantas mendapatkan gambaran tepat mengenai sesuatu isu dan segera memberi penjelasan kepada rakyat, antara yang boleh dilakukan. Paling utama, menghalang media memanipulasi salah faham sehingga meniup api kemarahan rakyat, sebaliknya turut berperanan meredakan kontroversi.
Membuat kenyataan rasmi selepas beberapa hari atau minggu kontroversi merebak dan meledak, mungkin tidak membawa apa-apa makna lagi.
Sebagai negara berjiran, sebarang kontroversi boleh mengundangkan banyak kesan negatif. Pemerintah perlu berusaha menghalang atau mendidik rakyat supaya tidak menghiris perasaan rakyat Malaysia dengan kata-kata kejian.
Ditegaskan, tiada seorang pun rakyat Malaysia mendakwa Tor-tor Mandailing dan Gordang Sambilan serta budaya suku lain berasal dari Malaysia sebaliknya di Sumatera Utara bagi orang Mandailing, Kepulauan Jawa bagi suku Jawa dan Sumatera Barat bagi Minangkabau.
Dalam mendepani realiti bahawa Indonesia dan Malaysia berkongsi 1,001 persamaan termasuk suku-suku kaum penduduknya, bahasa, kebudayaan, pakaian, makanan dan lain-lain, maka aspek "pemilikan" terhadap semua itu tidak sepatutnya dijadikan isu besar dan terlalu sensitif.
Sempadan politik kedua-dua negara hanya mula ditandakan garis perbatasannya selepas Indonesia dan Malaysia masing-masing merdeka pada 1945 dan 1957.
Sempadan budaya masyarakat kedua-dua negara sebelum kemerdekaan itu terlalu luas. Ratusan tahun lalu, selain orang Mandailing, Jawa, Bugis, Minangkabau, Banjar dan lain-lain suku kaum rumpun Melayu atau Nusantara telah mengamalkan budaya suku masing-masing jauh lebih awal daripada tertubuhnya negara Indonesia mahupun Malaysia.
Kesimpulannya, jika "pemilikan budaya" dalam konteks tafsiran sempit terus menjadi agenda besar di Indonesia; selagi media Indonesia berlumba-lumba menjadi juara melaga-lagakan kedua-dua negara; dan apabila istilah bahasa Malaysia enggan difahami secara tepat; tidak mustahil isu Tor-tor Mandailing dan Gordang Sambilan bukan kontroversi terakhir.
Malaysia steps on Indonesia's toes in dance dispute
By Neil Chatterjee
JAKARTA | Thu Jun 28, 2012 6:06am EDT
(Reuters) - Malaysia is separated from Indonesia's Sumatra island by just 40 miles (64 km) of water, but an ocean has opened up between them over who owns a traditional dance, the latest in a series of disputes between the Southeast Asian neighbours.
The feud, one of many over issues as diverse as culture, pollution and borders in the region of 600 million people, adds to the difficulties leaders face in trying to turn Southeast Asia into a unified economic community by 2015.
Malaysian efforts to promote the Tor-tor folk dance and Gordang Sambilan drum performance - both with origins in Sumatra - as its own cultural heritage sparked protests this month in Jakarta, where a group torched Malaysia's flag and threw stones at its embassy. The violence was a sharp contrast to the Tor-tor itself - a gentle, traditional dance featuring a mix of subtle hand and leg movements.
Malaysia's government summoned Indonesia's acting ambassador for talks on Monday to express its concern over the violence.
Government officials on both sides have tried to calm the situation, saying it is a misunderstanding over plans to promote the culture of the Mandailing people, who live in both Sumatra and across the narrow Malacca Strait in mainland Malaysia.
Malaysia and Indonesia share deep Islamic and cultural ties that go back centuries. The Malay and Indonesian languages are mutually intelligible and historians say they originate from Indonesia's Riau islands, just south of Singapore. But subtle differences do exist and could be part of the reason for the latest row. The Malay word for heritage, "warisan", carries a stronger connotation of ownership in Indonesian.
FOLK MUSIC, BATIK, AND CURRY
The case has touched a raw nerve in Indonesia, which has previously argued with Malaysia over who claims the rights to folk music, batik textiles and spicy beef Rendang curry.
In recent years, allegations of poor treatment of the hundreds of thousands of Indonesian maids who cook, clean and care for children in smaller, richer Malaysia have soured ties. Jakarta stopped sending domestic helpers to Malaysia in 2009 after numerous cases of abuse, only lifting the ban this month after Malaysia set stricter rules for employers of maids.
"Indonesians are jealous that Malaysians have a better standard of living and it does seem that Malaysians - and especially the Malay ethnic group - tend to look down their noses at their Indonesian brethren," said Keith Loveard, who heads political risk analysis at Concord Consulting in Jakarta.
The neighbours fought a border war in the 1960s on the island of Borneo, and some in Indonesia still seem in a fighting spirit.
"Malaysia is a small country. It would only take us five days or a week to burn it," said an executive in Jakarta originally from Sumatra, who declined to be identified because of the sensitivity of the issue.
The Batak people of Sumatra, a related ethnic group to the Mandailing, have a reputation in Indonesia as argumentative. A local joke goes that in law courts it's common to find that lawyers and those on trial are all Batak.
While any real conflict is very unlikely, nations in the region have been stepping up defence spending in recent years, as fears grow over China's military and posturing between it and Southeast Asian countries over ownership of oil-rich islands in disputed waters north of Borneo.
Thailand and Cambodia fought a deadly border skirmish over a disputed ancient Hindu temple last year, an issue that the Association of South East Asian Nations struggled to mediate, underlining its troubles in fostering genuine unity.
MORE HIP-HOP THAN TOR-TOR
While anger will soon dissipate, a common sentiment heard in Indonesia is simply disappointment that Malaysia feels the need to "steal" its culture. From the Malaysian perspective, it is simply about preserving culture that is in danger of dying out.
"Recognising these two cultures under the act doesn't mean that it is being 'claimed' and owned by Malaysia. What we hope is, through the registration of the cultures, they can be preserved and widely promoted," said Ramli Abdul Karim Hasibuan, president of the Mandailing association in Malaysia.
Scholars say the Mandailing people in Malaysia did not resist colonial British attempts last century to label them as Malay, which led to their culture evaporating, whereas traditions have been preserved better in Sumatra, Indonesia's largest island and full of different ethnicities.
The younger generation, more likely to dance to hip-hop than the Tor-tor, is more concerned about who wins between Malaysia and Indonesia on the soccer pitch, though haze pollution in Kuala Lumpur from Indonesian land-clearing fires is a real irritant.
"Keep your dances and your culture. While you're at it, keep your haze to yourself too," said Twitter user @mediha_m, responding to Indonesians on the social media site lambasting Malaysia's cultural poverty. (Additional reporting by Rachel Will, Angie Teo, Niluksi Koswanage and Siva Sithraputhran in KUALA LUMPUR; Editing by Stuart Grudgings and Nick Macfie)
Watatita: Insulting Malaysia on the Internet Only Makes Us Look Stupid
(Drawings by Alexia Cahyaningtyas)
People often ask me what I think about the Tor-Tor dance controversy. Before I delve in further on the matter, let’s discuss what actually happened.
Recently, Indonesia went through another emotional roller-coaster ride when we "thought" that Malaysia attempted to steal another of our traditional dances by giving a license to this particular dance. What Malaysia claims to be doing, however, is only documenting the real origin of the Tor-Tor dance, because apparently this dance is also performed in Malaysia.
Indonesians, on the other hand, see this act as Malaysians listing the dance as a Malaysian national heritage. There seems to be a huge misunderstanding, and the Indonesians, particularly Bataknese, don’t seem to be in the mood to listen to any kind of explanation given by Malaysia.
Of course this is quite annoying, especially if you help conserve the dance, watch the dance, and love the dance. Even more so, since the Pendet dance controversy, this kind of problem between the two countries seems ongoing. It is a never ending feud, because centuries ago, Indonesia and Malaysia were a part of Nusantara, and the culture is similar from one corner of Malaysia to another corner of Indonesia. We even look the same.
I’d like for us Indonesians to look at this problem from a different angle. Let me ask you these questions: How many of you, before this controversy began, knew from which province Tor-Tor dance originated from or have spared your time to watch the Tor-Tor dance?
A month ago, if I asked those questions, many of you would scratch your head and say, "I don't know." How many of you really pay attention to our culture and heritage? We are so busy protesting about Malaysia “stealing” our culture, yet we don’t even know much about it.
It’s alright when you just sit there in your house making negative remarks about this controversy, but when you start insulting Malaysia on the Internet, when you start burning photographs of the prime minister of Malaysia, that only brings our self respect down as a country. It’s incredibly un-classy and stupid.
Indonesia is supposed to show other countries how respectful we are. We’re not supposed to flex our muscles and look aggressive, because we don’t want to go down to that level, we are so much better than that.
Before you start protesting and insulting, make sure you appreciate and pay a lot more attention to our culture. It’s incredibly stupid to abandon our traditions, and when someone comes along and claims it, you get upset.
Learn more about our diverse culture, grab it with both hands and don’t let go before someone else claims that it’s theirs.
Malaysia, Indonesia perlu berbincang
DUA penari Tor Tor, duduk di hadapan bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, bagi membantah tindakan Malaysia yang kononnya mencuri seni tarian itu dari Indonesia pada 23 Jun lalu. - Reuters
JAKARTA 28 Jun - Semanjung Malaysia dan Sumatera, Indonesia hanya dipisahkan oleh lautan sejauh 64 kilometer, namun persengketaan mengenai isu tarian Tor Tor dan gendang Gordang Sambilan dilihat menjarakkan hubungan rapat antara kedua-dua negara.
Ketegangan yang dicetuskan oleh negara ini berhubung isu budaya, pencemaran dan sempadan secara tidak langsung menyukarkan negara-negara di Asia Tenggara untuk mencapai taraf komuniti ekonomi menjelang 2015.
Usaha murni Malaysia memperkenalkan tarian Tor Tor dan Gordang Sambilan sebagai satu daripada warisan dunia disalah ertikan oleh Indonesia sehingga tercetusnya protes di Kedutaan Besar Malaysia di sini pada minggu lalu.
...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.
Jangan besarkan isu rendang
JAKARTA 28 Jun - Seorang pakar kulinari terkemuka Indonesia berkata, isu rendang tidak perlu diperbesar-besarkan malah hidangan itu juga tidak perlu dipatenkan, walaupun ia berasal dari Sumatera Barat.
William Wongso berkata, rakyat Indonesia tidak sepatutnya bimbang hak milik warisan makanan itu akan dituntut oleh negara-negara lain, terutamanya Malaysia.
"Makanan itu tidak perlu dipatenkan. Biar mereka tuntutnya kerana yang jelas penduduk dari kumpulan etnik Minangkabau dari Sumatera Barat juga telah berhijrah dan menetap di sana," kata Wongso seperti dipetik akhbar berbahasa Inggeris, Jakarta Post, hari ini.
Wongso berkata demikian ketika ditemui di Padang, Sumatera Barat, ketika beliau menjadi hakim pada Festival Memasak Rendang Sumatera Barat selama dua hari yang berakhir, hari ini. - BERNAMA
Opinion June 27, 2012 Look at problem from different angle MISUNDERSTANDING: Indonesia must realise that Malaysia is only documenting the real origin of the Tor-Tor dance, writes Alexia Cahyaningty
PEOPLE often ask me what I think about the Tor-Tor dance controversy. Before I delve in further on the matter, let's discuss what actually happened.
Recently, Indonesia went through another emotional roller-coaster ride when we "thought" that Malaysia attempted to steal another of our traditional dances by giving a licence to this particular dance. What Malaysia claims to be doing, however, is only documenting the real origin of the Tor-Tor dance, because this dance is also performed in Malaysia.
Indonesians, on the other hand, see this act as Malaysians listing the dance as a Malaysian national heritage. There seems to be a huge misunderstanding, and the Indonesians, particularly Bataknese, don't seem to be in the mood to listen to any kind of explanation given by Malaysia.
Of course, this is quite annoying, especially if you help conserve the dance, watch the dance, and love the dance. Even more so, since the Pendet dance controversy, this kind of problem between the two countries seems ongoing. It is a never-ending feud, because centuries ago, Indonesia and Malaysia were a part of Nusantara, and the culture is similar from one corner of Malaysia to another corner of Indonesia. We even look the same.
I'd like for us Indonesians to look at this problem from a different angle. Let me ask you these questions: How many of you, before this controversy began, knew from which province Tor-Tor dance originated or even watched the Tor-Tor dance?
A month ago, if I asked those questions, many of you would scratch your head and say, "I don't know". How many of you really pay attention to our culture and heritage? We are so busy protesting about Malaysia "stealing" our culture, yet we don't even know much about it.
It's all right when you just sit there in your house making negative remarks about this controversy, but when you start insulting Malaysia on the Internet, when you start burning photographs of the prime minister of Malaysia, that only brings our self-respect down as a country. It's incredibly un-classy and stupid.
Indonesia is supposed to show other countries how respectful we are. We're not supposed to flex our muscles and look aggressive, because we don't want to go down to that level; we are much better than that.
Before you start protesting and insulting, make sure you appreciate and pay a lot more attention to our culture. It's incredibly stupid to abandon our traditions, and when someone comes along and claims it, you get upset.
Learn more about our diverse culture, grab it with both hands and don't let go before someone else claims that it's theirs. Jakarta Globe
Isnin Jun 25, 2012
Golongan Yang Bertindak Melampau Isu Tarian Tor-Tor Tidak Faham Sejarah - Speaker Indonesia
KUALA LUMPUR: Tindakan kekerasan yang membabitkan kepentingan Malaysia di Indonesia kebelakangan ini tidak menggambarkan pendirian kerajaan serta 240 juta rakyat republik itu secara khusus, kata Speaker Dewan Perwakilan Republik Indonesia Dr Marzuki Alie.
Beliau berkata golongan yang bertindak melakukan kekerasan dan menimbulkan komen-komen provokatif berhubung isu tarian Tor Tor masyarakat Mandailing baru-baru ini sebenarnya adalah golongan yang tidak faham tentang sejarah.
"Indonesia masih membangun, sedikit sekali yang faham tentang sejarah bagaimana rakyat Indonesia berhijrah ke Malaysia sehingga menjadi warganegara Malaysia dan mereka tentunya mahu pertahankan budaya yang dibawa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di bangunan Parlimen, Isnin.
Marzuki berkata golongan yang faham tentang sejarah tentunya tidak akan bertindak sedemikian kerana mereka sememangnya sedar bahawa masyarakat Mandiling di Malaysia juga berasal dari Indonesia yang berhijrah ke negara ini sejak ratusan tahun lalu.
Marzuki mengulas tindakan sekumpulan penunjuk perasaan yang merusuh di luar Kedutaan Besar Malaysia dan di hadapan Wisma Malaysia di Menteng, Jakarta sebagai membantah cadangan Malaysia untuk mengiktiraf tarian Tor-tor dan paluan Gordaang Sembilan sebagai warisan masyarakat Mandailing di Malaysia.
Menurut Marzuki, penjelasan lanjut mengenai isu itu perlu dibuat untuk mengelakkan hubungan Jakarta-Kuala Lumpur terjejas.
"Kalau ini dijelaskan secara terbuka, tidak akan timbul persoalan yang akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara, rakyat dengan rakyat antara Malaysia dengan Indonesia," jelasnya.
Pada Ahad, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia sama sekali tidak dapat menerima tindakan kekerasan yang membabitkan kepentingan negara ini di Indonesia dan komen-komen provokatif yang dilakukan oleh beberapa pihak di Indonesia kebelakangan ini.
Anifah berkata tindakan kekerasan oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang dikatakan mewakili Pemuda Pancasila di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan dan di hadapan Wisma Malaysia di Menteng, Jakarta, pada 22 Jun lepas, merupakan tindakan yang boleh dikecam.
Begitu juga, katanya, komen provokatif oleh seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia dalam program 'Neo Democrazy' siaran Metro TV pada 21 Jun lalu.
Mengulas pertemuan yang berlangsung selama hampir sejam itu, Marzuki berkata ia antara lain bertujuan membincangkan mengenai hubungan dua hala Indonesia dan Malaysia yang menurutnya semakin hari semakin baik dan berada dalam keadaan harmoni. Namun, katanya, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki dan adalah menjadi tanggungjawab anggota Parlimen kedua-dua negara untuk melakukannya.
Selain itu, Marzuki yang juga Presiden Asian Parliamentary Assembly (APA)berkata pertemuan itu juga dibuat bagi mendapatkan sokongan Malaysia terhadap beberapa usul yang akan dibangkitkan oleh Indonesia pada mesyuarat sekretariat APA yang dijadual berlangsung di Jakarta, bulan depan. - BERNAMA
Protes di Kedutaan Malaysia, 2 suspek ditahan
JAKARTA 27 Jun - Dua suspek yang disyaki menjadi dalang kepada demonstrasi membaling botol air mineral ke arah bangunan Kedutaan Besar Malaysia di sini berhubung isu seni tarian Tor Tor pada Jumaat lalu, ditahan pihak berkuasa Indonesia hari ini.
Menurut jurucakap Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, Jubir Julian Aldrin Pasha, polis melaporkan pihaknya telah menahan dua suspek tersebut.
"Sesiapa yang terlibat dalam demonstrasi itu akan menerima hukuman dan tiada pengecualian," katanya.
Jumaat lalu, penunjuk perasaan mengadakan protes di hadapan bangunan kedutaan itu sebagai membantah dakwaan yang menyatakan seni tarian Tor Tor dan Gordang Sambilan adalah hak milik negara ini. - AGENSI
Published: Friday June 22, 2012 MYT 10:46:00 PM
Cultural controversy escalates, protesters hurl eggs at M'sian embassy in Jakarta
JAKARTA: The Mandailing cultural controversy worsened Friday as several sections of the Malaysia Hall building here were damaged by large stones hurled by about 50 rioters.
Non-governmental organisation Pancasila Youths, who earlier torched the Malaysian flag and hurled eggs in the compound of the Malaysian Embassy in Kuningan after Friday prayers, headed for Malaysia Hall in Jalan Hos Cokroaminoto, Menteng and began acting more violently.
At Malaysia Hall, they attacked a security guard, who sustained slight injuries, threw large stones and pieces of wood which shattered the warden's windows, apart from damaging the main gate and messing up the windows by hurling eggs.
The stones thrown by the rioters also damaged the front roof of Malaysia Hall.
Following the attack, Jakarta's Malaysia Hall security personnel Bambang Sukrisno lodged a police report.
In the demonstration in front of the Malaysian Embassy, the Pancasila Youths, joined by other students, protested against Malaysia's move to recognise the Tor-tor dance and the striking of the Gordaang Sembilan as one of the branches of the national heritage. - Bernama
Mandailing folk keep their heritage aliveBy ISABELLE LAI [email protected]
BANTING: The thriving Mandailing community here are mostly fourth to fifth generation settlers who are immensely proud of their rich cultural heritage and practices.
Prominent among these are their Tor-Tor dance and Gordang Sambilan (Nine Great Drums), currently at the centre of controversy between Malaysia and Indonesia.
Mandailing elder Bachtiar Nasution, 58, who came to Malaysia in 1979 from north Sumatra, said he had been teaching the traditional music for 20 years because he was passionate about sharing his culture.
Age-old tradition: Bachtiar (right) doing the Tor-Tor dance with Malaysian Mandailing People Association president Ramli Abdul Karim Hasibuan, 39 (left) while others play the Gordang Sambilan and other instruments in the background.
“Our Mandailing culture is very fine. We cannot let it become extinct. Our drums all come from Indonesia. They were made there and brought here,” he said.
He said the Tor-Tor, which literally means “dance”, and the Gordang Sambilan could be performed at various events, including weddings and house-warmings.
The nine drums, which range in sizes and sounds, require four people to play them.
Three people will play two drums each called the kudong-kudong, panulus and tampul-tampul while the fourth person will play three drums, known as the jangak.
The drums are complemented by other instruments, including thecaklempong (a set of small tuned knobbed drums), gong and seruling(flute).
There were protests from Indonesia when Information, Communications and Culture Minister Da-tuk Seri Dr Rais Yatim announced that the Tor-Tor and Gordang Sambilan would be gazetted as a national heritage.
Some Indonesians accused Malaysia of trying to claim the Tor-Tor and Gordang Sambilan as its own.
However, the Indonesian Embassy here has said the furore could have been due to the misunderstanding of the word “heritage”.
Its Information, Social and Cultural Affairs minister counsellor Suryana Sastradiredja said he understood that there were also traditional and cultural practices from other countries gazetted under the National Heritage Act 2005.
“So, the Malaysian Government has included arts, dances, music or songs from other countries to respect them.
“We have already sent a letter seeking clarification from the Malaysian Government,” he said, pointing out that this did not mean the Government claimed they were Malaysian in origin.
Waspada demonstrasi 'boleh dibayar' di Indonesia
KUALA LUMPUR 26 Jun - Semua pihak di negara ini diingatkan supaya tidak mudah terjerumus dalam kancah 'pertikaian' mengenai isu 'rebutan' warisan tarian dan gendang di Indonesia berikutan kebiasaannya demonstrasi berkaitan isu berlaku setelah 'diupah' anasir tertentu.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN-Putrajaya) berkata, semasa beliau menjadi Menteri Pelancongan dahulu, isu lagu Rasa Sayang pernah dipersoalkan sebagai milik rakyat Indonesia.
Namun, apabila beliau menerangkan kepada pihak berkenaan di republik itu, mereka akhirnya bersetuju bahawa ia adalah budaya yang perlu dikongsi bersama.
"Ada antara budaya itu asal-usulnya dari Indonesia tetapi untuk isu berbangkit ini masalahnya ialah demonstrasinya boleh dibayar oleh pihak tertentu di Indonesia yang tidak mahu lihat keakraban antara kedua-dua negara. Jarang sangat kita hadapi masalah ini sebab hubungan Indonesia dengan kita akrab," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Jumaat lalu, sekumpulan rakyat Indonesia bertindak merempuh pagar utama Dewan Malaysia di Jakarta hingga menyebabkan pengawal keselamatan cedera parah.
Ia berpunca salah faham berhubung isu Tarian Tor-Tor dan alat muzik gondang sambilan yang berasal dari Sumatera Utara tetapi didaftarkan sebagai warisan kebudayaan Malaysia mengikut Seksyen 67 Akta Warisan Kebangsaan 2005 baru-baru ini.
ARKIB : 24/06/2012
M'sia kesal tindakan kekerasan terhadap kepentingan negara di Indonesia
PUTRAJAYA 24 Jun - Malaysia sama sekali tidak dapat menerima tindakan kekerasan yang membabitkan kepentingan negara ini di Indonesia dan komen-komen provokatif yang telah dilakukan oleh beberapa pihak di Indonesia kebelakangan ini.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, tindakan kekerasan oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang dikatakan mewakili Pemuda Pancasila di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan dan di hadapan Wisma Malaysia di Menteng, Jakarta, pada 22 Jun lepas serta komen-komen provokatif oleh seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia dalam program "Neo Democrazy" siaran Metro TV pada 21 Jun lalu merupakan tindakan yang boleh dikecam.
"Adalah amat dikesali sekali tindakan liar dan komen-komen provokatif tersebut dibuat ekoran tuduhan meleset dan ketidakfahaman tentang rancangan atau rencana untuk melestari dan memelihara budaya warisan masyarakat Mandailing yang berasal dari Sumatera di Malaysia.
"Rancangan tersebut sememangnya tidak bermaksud bahawa budaya warisan berkenaan berasal dari Malaysia," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Anifah berkata, tindakan kumpulan penunjuk perasaan tersebut telah mengakibatkan kecederaan kepada seorang anggota keselamatan/pengaman Kedutaan Malaysia yang ditempatkan di Wisma Malaysia dan hampir mencederakan seorang anggota yang lain.
Kedua-dua anggota keselamatan yang bertugas merupakan warga Indonesia.
Katanya, tindakan kekerasan tersebut juga telah mengakibatkan kerosakan kepada bangunan Wisma Malaysia dan persekitarannya, di samping mengancam keselamatan pegawai dan kakitangan serta keluarga mereka yang ditempatkan di bangunan berkenaan.
"Berdasarkan hubungan istimewa dan saling menguntungkan yang telah sekian lama terjalin antara Malaysia dan Republik Indonesia, kerajaan Malaysia percaya bahawa kerajaan Indonesia akan mengambil langkah-langkah susulan sewajarnya dalam menangani tindakan agresif dan provokatif tersebut.
"Kerajaan Malaysia juga sebelum ini telah meminta dan terus berharap agar semua premis-premis kerajaan Malaysia dilindungi dari sebarang ancaman sejajar dengan peruntukan Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik 1961," katanya.
Katanya, kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah mengemukakan dua nota diplomatik kepada Kementerian Luar Negeri Republik Indonesia pada 22 Jun lalu bagi menyampaikan pendirian, kekesalan dan keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap tindakan kekerasan dan provokatif tersebut.
Jelasnya, kedutaan Malaysia juga berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia bagi menangani perkembangan ini dengan lebih berkesan.
Sementara itu, Wisma Putra telah meminta Kuasa Usaha Sementara di Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur supaya hadir esok di kementerian itu untuk menerangkan pendirian Malaysia berhubung perkembangan tersebut. - BERNAMA
Published: Ahad Jun 24, 2012 MYT 9:56:00 AM Isu Tor-tor: Pemimpin BN, Pakatan Kutuk Serangan Ke Atas Kedutaan Malaysia Di Indonesia Oleh RAZAK AHMAD dan JOSEPH KAOS Jr
PETALING JAYA: Rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik bersatu hati membidas serangan yang dilakukan penunjuk perasaan terhadap kedutaan Malaysia di Jakarta dalam satu bantahan berhubung kontroversi membabitkan tarian Tor-tor.
Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat mengkritik tindakan kira-kira 50 rakyat Indonesia yang mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Malaysia, membakar bendera Malaysia dan membaling telur ke dalam kawasan kedutaan.
Kumpulan tersebut yang menyerang seorang pengawal keselamatan di Malaysia Hall dan melontar batu dan batang kayu ke bangunan tersebut marah terhadap Malaysia yang mendakwa Tor-tor dan Gordang Sambilan adalah sebahagian daripada warisan negara ini.
Menurut kumpulan itu, tarian dan paluan dram tradisional tersebut popular di kalangan suku kaum Mandailing di Sumatera Utara, Indonesia dan beberapa kawasan di Malaysia merupakan tradisi milik negara berkenaan.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, serangan ke atas kedutaan Malaysia di Indonesia berlaku secara bermusim dan setiap kali ketika Indonesia mempunyai isu dengan negara ini.
"Kementerian Luar kita perlu menghantar nota bantahan kepada Indonesia dan meminta jaminan berhubung tahap keselamatan kakitangan dan harta benda di pejabat kedutaan," katanya.
Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung mahu tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa Indonesia terhadap insiden serupa yang pernah berlaku sebelum ini.
Walaupun serangan itu tidak menjejaskan hubungan Malaysia-Indonesia, Jakarta seharusnya menangani insiden ini secara efektif agar ia tidak berulang lagi.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak memahami tindakan segelintir penunjuk perasaan itu kerana Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak persamaan dari segi warisan budaya.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, insiden tersebut tidak boleh diterima walaupun beliau adalah keturunan Mandailing.
"Serangan terhadap pejabat kedutaan tidak boleh disokong, saya mengutuk tindakan itu," katanya.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, Malaysia dan Indonesia perlu mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan setiap hak pemilikan kebudayaan masing-masing.
Indonesia tidak patut membenarkan insiden seperti itu berlaku setiap masa jika berlaku percanggahan mengenai sesuatu perkara, katanya.
Sementara itu, bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang terlibat dalam mewujudkan hubungan persatuan wartawan Malaysia-Indonesia berkata, dia terkejut dengan serangan tersebut.
"Ini adalah tindakan segelintir pihak yang cetek pemikiran. Mereka akan cuba membesar-besarkan sesuatu isu yang kecil," katanya.
Inilah Pencerahan dari Persatuan Halak Mandailing Malaysia Oleh Ramli Abdul Karim Hasibuan Rabu, 20 Juni 2012 , 06:38:00 WIB
RAMLI HASIBUAN/IST
PERSATUAN Halak Mandailing Malaysia (Mandailing Malaysia) no daftar ROS 3637-11-NSE, ingin membuat pencerahan atau penjelasan sejelas-jelasnya berhubung atau berkaitan isu budaya Gordang Sambilan Mandailing (Gendang Sembilan Mandailing) dan tarian Tor Tor Mandailing yang menjadi kontroversi di Indonesia mulai Sabtu lalu sehingga hari ini.
Dengan perasaan rendah hati dan keinginan yang tinggi untuk melihat hubungan Malaysia-Indonesia sentiasa baik, jernih dan akrab, maka pencerahan di pihak Mandailing Malaysia adalah seperti berikut:
1. Bahawa Persatuan Halak Mandailing Malaysia, dan kira-kira 500,000 masyarakat Mandailing di Malaysia, secara tegasnya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, yang dalam kenyataannya di Singapura semalam, menegaskan bahawa kerajaan Malaysia akan tetap mendaftarkan Gordang Sambilan Mandailing dan Tor Tor Mandailing sebagai budaya warisan masyarakat Mandailing, mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005.
2. Bahawa Persatuan Halak Mandailing Malaysia dan seluruh masyarakat Mandailing Di Malaysia sangat terharu ketegasan YB Menteri itu dalam mempertahankan perjuangan masyarakat Mandailing di Malaysia itu.
3. Bahawa Presiden Mandailing Malaysia, Ramli Abdul Karim Hasibuan pada semalam 18 Jun 2012 dan hari ini telahpun mengambil langkah segera dengan memberi kenyataan pencerahan atau penjelasan panjang lebar mengenai isu tersebut kepada beberapa TV, radio, akhbar dan majalah di Republik Indonesia, selain turut bekerjasama memberi input atau informasi tepat kepada Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur. Antara televisyen dan radio popular Indonesia yang membuat lintas langsung perbualan dengan beliau adalah RCTI dan TV One, selain Radio Elshinta yang terbesar jumlah pendengarnya di Indonesia.
4. Mandailing Malaysia juga ingin menegaskan, sebagai latar belakang kontroversi yang tercetus di Indonesia berikutan berita Bernama yang memetik kenyataan YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia pada sidang akhbar selepas program Perhimpunan Anak-Anak Mandailing di Dewan Seri Siantan, Batu Caves, Selangor pada Khamis, 14 Jun 2012, BAHAWA laporan Bernama tersebut adalah tepat dan tiada sebarang kesalahan.
5. Dan ditegaskan, bahawa kenyataan YB Menteri tersebut merupakan respons beliau kepada ucapan Presiden Mandailing Malaysia, Ramli Abdul Karim Hasibuan pada program itu, yang meminta pihak kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan supaya mengiktiraf kebudayaan Mandailing khususnya Gordang Sambilan (Gendang Sembilan) dan tarian Tor Tor Mandailing setaraf atau setara dengan kebudayaan lain seperti Jawa, Minang, Bugis, Cina, India dan lain-lain di Malaysia. Ketika itu, saudara Ramli juga menyatakan harapannya suatu masa nanti agar kebudayaan Mandailing terutama Gordang Sambilan dan Tor Tor Mandailing dapat ditonton atau disaksikan oleh rakyat Malaysia dalam acara besar atau program rasmi kerajaan.
6. Bahawa dua budaya dan seni yang diperjuangkan oleh Mandailing Malaysia, dan masyarakat Mandailing di Malaysia itu adalah Gordang Sambilan Mandailing dan Tor Tor Mandailing milik suku kaum Mandailing yang berleluhur atau asalnya dari Sumatera, bukannya Tor Tor Batak Toba atau Batak Karo serta bukannya Gordang Topap di Angkola. Malah tokoh adat Batak Toba, Bapak Parangin Angin yang digandingkan dengan Presiden Mandailing Malaysia, Ramli Abdul Karim Hasibuan dalam lintas langsung siaran TV One jam 9.30 - 10.00 malam tadi, MENGAKUI bahawa terdapat perbezaan yang jelas antara Gordang Sambilan dan Tor Tor Mandailing dengan apa yang dimiliki oleh suku kaum Batak Toba dan Karo.
7. Sebelum mengutarakan atau mengusulkan secara rasmi permintaan mengangkat martabat kedua-duanya kepada kerajaan pada Khamis lalu, Presiden Mandailing Malaysia, Ramli Abdul Karim Hasibuan pada Disember 2011 telah pun mendapatkan pandangan dan sikap masyarakat dan tokoh adat Mandailing di Sumatera Utara meliputi Kabupaten Mandailing Natal (Madina), Padang Sidempuan, Padang Lawas Utara (Paluta) dan Pemerintah Kotamadya Medan. Malah beliau dan rombongan juga menemui Bupati-Bupati (Pegawai Daerah) serta Walikota (Datuk Bandar) di daerah-daerah terlibat.
8. Hasil lawatan itu, suka cita dimaklumkan bahawa secara umumnya pemerintah di daerah-daerah Mandailing menyokong usaha Mandailing Malaysia untuk mengangkat budaya masyarakat itu di Malaysia dan ke peringkat internasional, supaya ia tidak pupus dan tinggal nama atau menjadi sejarah semata-mata. Malah, Bupati-Bupati dan Walikota terlibat atau perwakilan mereka seramai hampir 30 orang dari daerah terlibat, juga hadir untuk menyatakan sekali lagi tanda sokongan mereka pada Mesyuarat Agung (Annual General Meeting)pertama Persatuan Halak Mandailing Malaysia di Dewan Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Nilai, Negeri Sembilan pada 28 Januari 2012.
9. Bahawa Mandailing Malaysia bagi pihak masyarakat Mandailing berwarganegara Malaysia yang sudah eksis atau tinggal di tanah air Malaysia yang tercinta ini sejak 200 tahun lalu, telahpun memperjuangkan Gordang Sambilan dan Tor Tor Mandailing sejak lebih 30 tahun lalu. Dan, kami akan terus memperjuangkan supaya kebudayaan kami ini terus dikembangkan dan diangkat ke tahap yang lebih tinggi setahap dan setara dengan budaya suku kaum lain, dengan satu niat - iaitu semata-mata atas dasar menghargai, mempertahan dan mengembangkan budaya sendiri atau pendeknya mahu melestarikannya supaya ia tidak pupus atau hilang.
10. Bahawa Mandailing Malaysia ingin merayu rakyat Indonesia, khususnya dari suku kaum Mandailing di Sumatera Utara supaya terus mendukung atau menyokong perjuangan ini. Ia tetap menjadi milik bangsa Mandailing walau di manapun mereka berada di seluruh dunia, dan kami di Malaysia mengakui bahawa kedua-duanya itu berasal-usul dari tanah kelahiran moyang kami di tanah Mandailing, Sumatera Utara. Itu pasti!
11. Bahawa ditegaskan perjuangan kami ini tidak ubah sepertinya orang Cina di Indonesia yang memperjuangkan budaya mereka dipertunjukkan di hadapan umum. Dan ia berjaya setelah kejatuhan Orde Baru dan timbulnya reformasi serta diperakui atau diiktiraf oleh mantan Presiden Indonesia, Almarhum Gus Dur @ Bapak Abdulrahman Wahid. Adakah dengan perakuan pemerintah Indonesia itu, maka Indonesia telah "klaim" budaya Cina itu, jawabnya sudah pasti tidak. Begitu juga kami masyarakat Mandailing dalam perjuangan ini.
12. Berhubungan dengan pendaftaran Gordang Sambilan dan Tor Tor Mandailing dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005, yang disebut oleh YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia baru-baru ini, semua pihak termasuk di Indonesia boleh menyemak dan meneliti sendiri kandungan akta tersebut di Iaman web di Internet, bahawa ia secara jelas memperakukan setiap yang didaftar itu, hak pemilikannya adalah kepada pemilik asal. Itu jelas dan terang dan tidak usah dimanipulasi.
13. Dengan perakuan dan pendaftaran itu, maka pemerintah Malaysia akan berusaha melestarikan keduanya iaitu Gordang Sambilan dan Tor Tor Mandailing dan sudah pasti menyediakan peruntukan kewangan secukupnya untuk mengembangkan dan mengangkatnya ke peringkat nasional setara dengan budaya kaum lain di Malaysia.
14. Bahawa kami di Mandailing Malaysia berharap keributan yang tercetus di Indonesia ini tidak akan menjejaskan atau mempengaruhi pertimbangan Kerajaan Malaysia dalam usaha mengangkat dan memberi perakuan kepada budaya dan keseniaan masyarakat Mandailing di negara ini.
Akhir sekali, kami bagi pihak Mandailing Malaysia berharap rakyat kedua-dua negara akan terus menjalin hubungan baik, meningkatkan keakraban silaturrahim dan memantapkan ukhuwah bersama umat di kedua-dua negara.
Horas.
Penulis adalah Presiden Persatuan Halak Mandailing Malaysia
Kenyataan akhbar isu tor tor Mandailing, gendang sembilan
KUALA LUMPUR 19 Jun - Persatuan Halak Mandailing Malaysia (Mandailing Malaysia) ingin membuat penjelasan berhubung atau berkaitan isu budaya Gordang Sambilan Mandailing (Gendang Sembilan Mandailing) dan tarian Tor Tor Mandailing yang menjadi kontroversi di Indonesia mulai Sabtu lalu sehingga hari ini.
Dengan perasaan rendah diri dan keinginan yang tinggi untuk melihat hubungan Malaysia-Indonesia sentiasa baik, jernih dan akrab, maka penjelasan di pihak Mandailing Malaysia adalah seperti berikut:
1. Bahawa Persatuan Halak Mandailing Malaysia, dan kira-kira 500,000 masyarakat Mandailing di Malaysia, secara tegasnya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, yang dalam kenyataannya di Singapura semalam, menegaskan bahawa kerajaan Malaysia akan tetap mendaftarkan Gordang Sambilan Mandailing dan Tor Tor Mandailing sebagai budaya warisan masyarakat Mandailing, mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005.
2. Bahawa Persatuan Halak Mandailing Malaysia dan seluruh masyarakat Mandailing Di Malaysia sangat terharu ketegasan YB Menteri itu dalam mempertahankan perjuangan masyarakat Mandailing di Malaysia itu.
3. Bahawa Presiden Mandailing Malaysia, Ramli Abdul Karim Hasibuan pada semalam 18 Jun 2012 dan hari ini telahpun mengambil langkah segera dengan memberi kenyataan pencerahan atau penjelasan panjang lebar mengenai isu tersebut kepada beberapa TV, radio, akhbar dan majalah di Republik Indonesia, selain turut bekerjasama memberi input atau informasi tepat kepada Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur. Antara televisyen dan radio popular Indonesia yang membuat lintas langsung perbualan dengan beliau adalah RCTI dan TV One, selain Radio Elshinta yang terbesar jumlah pendengarnya di Indonesia.
4. Mandailing Malaysia juga ingin menegaskan, sebagai latar belakang kontroversi yang tercetus di Indonesia berikutan berita Bernama yang memetik kenyataan YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia pada sidang akhbar selepas program Perhimpunan Anak-Anak Mandailing di Dewan Seri Siantan, Batu Caves, Selangor pada Khamis, 14 Jun 2012, BAHAWA laporan Bernama tersebut adalah tepat dan tiada sebarang kesalahan.
5. Dan ditegaskan, bahawa kenyataan YB Menteri tersebut merupakan respons beliau kepada ucapan Presiden Mandailing Malaysia, Ramli Abdul Karim Hasibuan pada program itu, yang meminta pihak kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan supaya mengiktiraf kebudayaan Mandailing khususnya Gordang Sambilan (Gendang Sembilan) dan tarian Tor Tor Mandailing setaraf atau setara dengan kebudayaan lain seperti Jawa, Minang, Bugis, Cina, India dan lain-lain di Malaysia. Ketika itu, saudara Ramli juga menyatakan harapannya suatu masa nanti agar kebudayaan Mandailing terutama Gordang Sambilan dan Tor Tor Mandailing dapat ditonton atau disaksikan oleh rakyat Malaysia dalam acara besar atau program rasmi kerajaan.
6. Bahawa dua budaya dan seni yang diperjuangkan oleh Mandailing Malaysia, dan masyarakat Mandailing di Malaysia itu adalah Gordang Sambilan Mandailing dan Tor Tor Mandailing milik suku kaum Mandailing yang berleluhur atau asalnya dari Sumatera, bukannya Tor Tor Batak Toba atau Batak Karo serta bukannya Gordang Topap di Angkola. Malah tokoh adat Batak Toba, Bapak Parangin Angin yang digandingkan dengan Presiden Mandailing Malaysia, Ramli Abdul Karim Hasibuan dalam lintas langsung siaran TV One jam 9.30 - 10.00 malam tadi, MENGAKUI bahawa terdapat perbezaan yang jelas antara Gordang Sambilan dan Tor Tor Mandailing dengan apa yang dimiliki oleh suku kaum Batak Toba dan Karo.
7. Sebelum mengutarakan atau mengusulkan secara rasmi permintaan mengangkat martabat kedua-duanya kepada kerajaan pada Khamis lalu, Presiden Mandailing Malaysia, Ramli Abdul Karim Hasibuan pada Disember 2011 telah pun mendapatkan pandangan dan sikap masyarakat dan tokoh adat Mandailing di Sumatera Utara meliputi Kabupaten Mandailing Natal (Madina), Padang Sidempuan, Padang Lawas Utara (Paluta) dan Pemerintah Kotamadya Medan. Malah beliau dan rombongan juga menemui Bupati-Bupati (Pegawai Daerah) serta Walikota (Datuk Bandar) di daerah-daerah terlibat.
8. Hasil lawatan itu, suka cita dimaklumkan bahawa secara umumnya pemerintah di daerah-daerah Mandailing menyokong usaha Mandailing Malaysia untuk mengangkat budaya masyarakat itu di Malaysia dan ke peringkat internasional, supaya ia tidak pupus dan tinggal nama atau menjadi sejarah semata-mata. Malah, Bupati-Bupati dan Walikota terlibat atau perwakilan mereka seramai hampir 30 orang dari daerah terlibat, juga hadir untuk menyatakan sekali lagi tanda sokongan mereka pada Mesyuarat Agung (Annual General Meeting)pertama Persatuan Halak Mandailing Malaysia di Dewan Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Nilai, Negeri Sembilan pada 28 Januari 2012.
9. Bahawa Mandailing Malaysia bagi pihak masyarakat Mandailing berwarganegara Malaysia yang sudah eksis atau tinggal di tanah air Malaysia yang tercinta ini sejak 200 tahun lalu, telahpun memperjuangkan Gordang Sambilan dan Tor Tor Mandailing sejak lebih 30 tahun lalu. Dan, kami akan terus memperjuangkan supaya kebudayaan kami ini terus dikembangkan dan diangkat ke tahap yang lebih tinggi setahap dan setara dengan budaya suku kaum lain, dengan satu niat - iaitu semata-mata atas dasar menghargai, mempertahan dan mengembangkan budaya sendiri atau pendeknya mahu melestarikannya supaya ia tidak pupus atau hilang.
10. Bahawa Mandailing Malaysia ingin merayu rakyat Indonesia, khususnya dari suku kaum Mandailing di Sumatera Utara supaya terus mendukung atau menyokong perjuangan ini. Ia tetap menjadi milik bangsa Mandailing walau di manapun mereka berada di seluruh dunia, dan kami di Malaysia mengakui bahawa kedua-duanya itu berasal-usul dari tanah kelahiran moyang kami di tanah Mandailing, Sumatera Utara. Itu pasti!
11. Bahawa ditegaskan perjuangan kami ini tidak ubah sepertinya orang Cina di Indonesia yang memperjuangkan budaya mereka dipertunjukkan di hadapan umum. Dan ia berjaya setelah kejatuhan Orde Baru dan timbulnya reformasi serta diperakui atau diiktiraf oleh mantan Presiden Indonesia, Almarhum Gus Dur @ Bapak Abdulrahman Wahid. Adakah dengan perakuan pemerintah Indonesia itu, maka Indonesia telah "klaim" budaya Cina itu, jawabnya sudah pasti tidak. Begitu juga kami masyarakat Mandailing dalam perjuangan ini.
12. Berhubungan dengan pendaftaran Gordang Sambilan dan Tor Tor Mandailing dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005, yang disebut oleh YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia baru-baru ini, semua pihak termasuk di Indonesia boleh menyemak dan meneliti sendiri kandungan akta tersebut di Iaman web di Internet, bahawa ia secara jelas memperakukan setiap yang didaftar itu, hak pemilikannya adalah kepada pemilik asal. Itu jelas dan terang dan tidak usah dimanipulasi.
13. Dengan perakuan dan pendaftaran itu, maka pemerintah Malaysia akan berusaha melestarikan keduanya iaitu Gordang Sambilan dan Tor Tor Mandailing dan sudah pasti menyediakan peruntukan kewangan secukupnya untuk mengembangkan dan mengangkatnya ke peringkat nasional setara dengan budaya kaum lain di Malaysia.
14. Bahawa kami di Mandailing Malaysia berharap keributan yang tercetus di Indonesia ini tidak akan menjejaskan atau mempengaruhi pertimbangan Kerajaan Malaysia dalam usaha mengangkat dan memberi perakuan kepada budaya dan keseniaan masyarakat Mandailing di negara ini.
Akhir sekali, kami bagi pihak Mandailing Malaysia berharap rakyat kedua-dua negara akan terus menjalin hubungan baik, meningkatkan keakraban silaturrahim dan memantapkan ukhuwah bersama umat di kedua-dua negara.
Horas.
- RAMLI ABDUL KARIM HASIBUAN, Presiden Persatuan Halak Mandailing Malaysia
UCAPAN PRESIDEN PERSATUAN HALAK MANDAILING MALAYSIA, SAUDARA RAMLI ABDUL KARIM HASIBUAN
PROGRAM PERHIMPUNAN ANAK-ANAK MANDAILING MALAYSIA
ANJURAN PERSATUAN HALAK MANDAILING MALAYSIA & JASA DAERAH GOMBAK DI DEWAN SRI SIANTAN, BATU CAVES
KHAMIS, 14 JUN 2012. 4.30 PETANG
BISMILLAHIRRAHMANIR RAHIM
Saudara Pengerusi Majlis
YB DATO' SERI UTAMA DR. RAIS YATIM
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia yang kita kasihi
YANG BERBAHAGIA DATO' FUAD BIN TAN SRI HASSAN
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)
YG BHG. TAN SRI DATO' MUHAMMAD BIN MUHD TAIB
Penaung Persatuan Halak Mandailing Malaysia
YANG BERBAHAGIA DATO' SELAMAT SUKIMI
Panel Pemikir JASA
YANG BERBAHAGIA ENCIK MUZAMIL BAKRON
Pengarah JASA Negeri Selangor
YANG BERUSAHA ENCIK GHAZALI ISMAIL,
Pegawai JASA Daerah Gombak
YANG BERUSAHA ENCIK MOHD SUBIHI BIN ABANG
Pegawai Penerangan Daerah Gombak
YBHG. TUAN HAJI ABDUL RAHIM BIN KAMARUDDIN
Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Gombak/
merangkap Ketua UMNO Bahagian Gombak
YBHG DATO’ HAJI MEGAT ZULKARNAIN BIN TAN SRI OMARDIN
Penyelaras Parlimen Gombak/merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak
Ahli-Ahli Majlis Penasihat Mandailing Malaysia yang sempat hadir (Dato’ Baharom Nunjadah Nasution, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar dan Dato’ Zulkifli Amin Noordin)
Ahli-Ahli Panel Pemikir Persatuan Halak Mandailing Malaysia
Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Persatuan Halak Mandailing Malaysia
Dif-dif Kehormat, Para Jemputan, Tetamu-tetamu Khas
Dato'-Dato', Datin-Datin, tuan-tuan, puan-puan dan para hadirin yang saya kasihi sekalian.
Assalamualaikum wbkth dan Salam 1Malaysia.
1. Sebelum meneruskan ucapan, seperti kelaziman dalam program-program Persatuan sebelum ini, izinkan saya mengajak semua saudara-mara saya halak Mandailing yang datang dari segenap pelosok tempat di Malaysia, khususnya di daerah Gombak ke Dewan Seri Siantan, Batu Caves ini untuk sama-sama melaungkan kata-kata keramat orang Mandailing kita. HORAS! HORAS! HORAS! Terima Kasih.
YB Dato’ Seri, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
2. Pertama-tama marilah kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana pada petang Khamis yang berbahagia dan penuh keberkatan ini, kita dapat sama-sama hadir ke Dewan Sri Siantan, Batu Caves ini bagi menjayakan program Perhimpunan Anak-Anak Mandailing dan Pelancaran Biro Perhubungan Persatuan Halak Mandailing Malaysia Daerah Gombak.
3. Bagi pihak penganjur bersama iaitu Persatuan Halak Mandailing Malaysia dan JASA Malaysia, saya ingin mengalu-alukan serta merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kerana sudi menerima jemputan serta hadir untuk merasmikan program kita pada petang ini.
4. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, sejak Persatuan ini diluluskan tahun lalu, kita pernah tiga kali menjemput YB Dato’ Seri hadir ke program rasmi kita sebelum ini. Namun kita kurang bernasib baik, kerana pada saat-saat akhir YB Dato’ Seri terpaksa membatalkan kehadiran beliau kerana urusan rasmi yang lebih penting di dalam negara dan di luar negara.
5. Namun, tuan-tuan dan puan-puan. Syukur Alhamdulillah, oleh kerana semangat dan keinginan YB Dato’ Seri yang sangat tinggi untuk bersama-sama kita pada hari ini, maka kita berasa bertuah kerana beliau diizinkan Allah untuk hadir ke program kita pada petang ini.
6. Atas kesediaan dan perhatian serius YB Dato’ Seri kepada program-program Mandailing Malaysia selama ini termasuk begitu banyak membantu dari segi menyalurkan peruntukan kewangan kepada Persatuan, saya mohon tuan-tuan dan puan-puan semua hadirin sekalian, marilah kita sama-sama memberi satu tepukan yang gemuruh untuk YB Dato’ Seri.
YB Dato’ Seri, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
7. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat-Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan dan agensi kerajaan, wakil-wakil masyarakat dari sekitar Parlimen Gombak, para pemimpin setempat serta saudara-mara kami halak Mandailing dari seluruh negara di samping semua para jemputan termasuk rakan-rakan saya para petugas media.
8. Saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak JASA yang begitu banyak membantu merealisasikan kejayaan penganjuran program pada petang ini.
9. Ucapan terima kasih kami juga kepada YBhg. Dato’ Fuad Tan Sri Hassan dan YBhg. Dato’ Selamat Sukimi yang sejak awal lagi banyak memberi khidmat nasihat kepada pihak Mandailing Malaysia dalam memastikan kejayaan program ini.
10. Ucapan tahniah juga kepada Biro Integrasi Kampung, Masyarakat dan Tokoh Mandailing Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Presiden Mandailing Malaysia, Saudara Affifuddin Mohamad Hassan serta semua Ahli Jawatankuasa Kerja Program ini yang bertungkus-lumus sehingga ke saat ini bagi memastikan kelancaran penganjurannya.
11. Selaku Presiden Persatuan Halak Mandailing Malaysia, saya berasa sangat berbangga dengan kejayaan penganjuran program pada petang ini. Ini kerana, sebagai sebuah persatuan dengan pengalamannya yang masih terlalu cetek, iaitu dengan usianya yang baru mencecah 10 bulan, kita bersyukur kerana dapat menganjurkan program sebesar ini dengan penuh jaya, penuh meriah dan penuh semangat persaudaraan.
12. Tidak ketinggalan, izinkan saya menzahirkan rasa terharu dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan para hadirin, saudara mara kita halak Mandailing dari seluruh negara, khususnya dari Lembah Klang dan Gombak.
13. Saya percaya, kehadiran anda semua adalah petunjuk bahawa kita sedang satu melakukan peralihan, melalui satu anjakan paradigma dan melakukan transformasi bersungguh-sungguh mencapai OBJEKTIF penubuhan Mandailing Malaysia - iaitu ke arah penyatuan, perpaduan dan pengukuhan silaturahim serta meningkatkan ukhuwah sesama kita orang Mandailing di Malaysia.
14. Saya penuh yakin, dengan sokongan padu orang Mandailing di seluruh negara yang jumlahnya melebihi 500,000 orang, maka objektif dan juga cogankata Mandailing Malaysia iaitu ‘Padomu Na Marotak, Palagut Na Marserak’ atau maksudnya ‘Mempertemukan Yang Berpecah, Menghimpunkan Yang Terpisah’ akan dapat dicapai.
[YB Dato’ Seri, izin saya untuk berucap sepatah dua kata secara ringkas dalam bahasa Mandailing kepada hadirin di dalam Dewan yang berbahagia ini.]
Tu adopan sude maradu parkouman na diholongi, na adong di bagasan Dewan on, na marroan tingon huta-huta ni hita halak Mandailing di Gombak on, bope na sian Hulu Langat, Kajang dot seluruh Selangor, tingon Jelebu, N. Sembilan, tingon Johor, Melaka dot koum-koum na marroan tingon Perak dot nagori na lain nai.
Bo, songoni ma saotik hata-hata giot mandokonkon halomoan roha ni hami di Parsadaan Halak Mandailing Malaysia on, bo antong songoni ma juo godang na roha ni ami arana dapot sude maradu parkouman on rap marroan tu program ni hita on.
On ma tandona hagincatan, hagogoan dot hagodangan tondi ni hita halak Mandailing di Malaysia on. On tu jolo ni arion, rap ma hita pagogo parpokatan dot panjonjong satigor-tigorna Parsadaan Halak Mandailing Malaysia on. Tu sude maradu parkouman na marroan di ari on, mauli ate ma tingon ami.
YB Dato’ Seri, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
15. Izinkan saya untuk mengambil sedikit masa yang singkat bagi menyampaikan beberapa hasrat dan permohonan pihak Persatuan untuk pertimbangan YB Dato’ Seri.
PERTAMA: Mandailing Malaysia mencadangkan pihak kerajaan, khususnya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk mengiktiraf dan seterusnya menyenaraikan Gordang Sambilan atau gendang sembilan dan tarian tortor Mandailing sebagai salah satu kesenian dan kebudayaan suku kaum di Malaysia ini.
Kami berharap, selepas ini rakyat Malaysia akan dapat menyaksikan pertunjukan Gordang 9 dan tarian tortor Mandailing dalam acara-acara rasmi kerajaan termasuk pada sambutan Hari Kemerdekaan.
KEDUA: Selaras dengan cadangan itu, maka pihak Mandailing Malaysia baru-baru ini telah mengemukakan kepada Ketua Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan, satu permohonan dan KERTAS CADANGAN PEMBELIAN PERALATAN SERTA LATIHAN KESENIAN & KEBUDAYAAN MANDAILING bernilai RM50,000.
Ini meliputi kos pembelian peralatan Gordang 9 yang baru dan gendang-gendang berkaitan, kos latihan selama tiga bulan dan juga pembelian baju-baju pengantin serta baju-baju tradisional untuk kegunaan tarian serta kos latihan tarian selama 3 bulan.
KETIGA: Selaras dengan pewartaan Istana Bilah di Papan, Perak oleh kerajaan Malaysia sebagai salah sebuah Bangunan Warisan Negara, maka pihak Mandailing Malaysia ingin memohon pihak Kementerian menerusi Jabatan Muzium dan Antikuiti agar dapat mempergiatkan usaha membaik-pulih dan menambahkan pengisian informasi di dalam istana lama tersebut bagi mengelakkan ia daripada terpinggir atau terbiar.
Pihak Persatuan akan berusaha mendapatkan kesepakatan daripada pihak keluarga waris Raja Billah untuk bekerjasama dengan pihak Kementerian, apatah lagi beberapa waris terdekat Raja Billah juga mempunyai jawatan dalam Persatuan ini.
KEEMPAT dan TERAKHIR: Kami, pihak Mandailing Malaysia ingin memohon, sudi apalah kiranya, YB Dato’ Seri meluluskan peruntukan kewangan kepada Persatuan kami bagi membiayai kos pentadbiran dan pengurusan serta pembiayaan aktiviti-aktiviti Persatuan sepanjang tahun 2012 ini dan 2013.
Saya sangat yakin, bahawa sebentar lagi, YB Dato’ Seri akan mengumumkan sesuatu untuk membantu menambah dana Persatuan ini.
YB Dato’ Seri, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
16. Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin tegaskan bahawa Mandailing Malaysia adalah sebuah NGO yang mana sifatnya benar-benar bebas daripada kongkongan atau pengaruh mana-mana parti politik.
17. Namun pada masa yang sama, saya ingin memberi jaminan kepada YB Dato’ Seri bahawa pihak Persatuan dan keseluruhan orang Mandailing di negara ini merupakan masyarakat yang sentiasa mengenang budi dan tahu berterima kasih serta bersyukur. Kami tidak akan sekali-kali melupakan jasa-jasa, budi dan pertolongan daripada YB Dato’ Seri sendiri, pemimpin lain serta pihak kerajaan. Insya-Allah jaminan saya, “Dato’ Seri Memberi Kami Merasa, Kerajaan Berbudi Kami Berbahasa”.
18. Saya sekali lagi mengucapkan setinggi-setinggi terima kasih kepada YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang sudi hadir pada program kita hari ini dan menyempurnakan perasmiannya sebentar sahaja lagi.
19. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Y.Bhg. Dato’ Fuad Tan Sri Hassan, YBhg. Dato’ Selamat Sukimi, Y.Bhg. Penaung Persatuan Tan Sri Muhammad Muhd Taib, YB-YB, Dato'-Dato', Datin-Datin, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan, dif-dif kehormat serta para tetamu jemputan yang hadir menjayakan program ini.
20. Juga terima kasih tidak terhingga kepada pihak JASA Malaysia selaku penganjur bersama dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran program ini termasuk tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin halak Mandailing yang dikasihi sekalian.
21. Akhir kalam, saya sudahi ucapan saya dengan lafaz WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.